SERDANG: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pecah masuk stor ekshibit Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata individu berusia lingkungan 40-an itu merupakan anggota polis IPD berkenaan yang bertugas di Unit Komersial.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan Ke-7 Sime Darby Property Bhd di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini, beliau berkata siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
"Motif kejadian serta nilai kerugian barangan yang hilang masih dalam siasatan," katanya dan menambah polis akan membuat permohonan reman terhadap anggota polis berkenaan.
Kes pecah masuk stor ekshibit itu dilaporkan mengakibatkan sejumlah barang berkaitan kes narkotik yang sedang dalam tindakan pelupusan hilang serta sebuah beg berisi komputer peribadi yang berfungsi untuk mengemas kini data barang kes turut hilang.
Sebelum ini, tular satu laporan polis yang mendakwa stor ekshibit berkenaan mempunyai kesan geledah selain kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi didapati dirosakkan dan tidak berfungsi.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Hussein berkata setakat semalam, pihaknya telah menerima 16 laporan yang melibatkan tujuh kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
"Laporan kesalahan yang diterima membabitkan perbuatan khianat seperti mengoyakkan poster dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Individu berusia lingkungan 40-an itu merupakan anggota polis IPD berkenaan yang bertugas di Unit Komersial. -Gambar fail/PDRM
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sarjan ditahan bantu siasatan kes pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Individu berusia lingkungan 40-an itu merupakan anggota polis IPD berkenaan yang bertugas di Unit Komersial.